Wednesday 1 February 2012

zat dan khasiat buah epal hijau

hai reader!!
hari ini azira nak kongsikan satu khasiat buah epal hijau 
epal hijau bukan sahaja mempunyai khasiat malah ia juga
mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan kita.
epal hijau mempunyai zat besi,magnesium,potasium,kalsium,vitamin A,B dan C.
ia juga merupakan sumber serat yang mudah larut..
untuk lebih khasiat makan sekali dengan kulitnya sebab sebahagian khasiat
terletak pada bawah kulir epal tersebut.

EPAL HIJAU BOLEH MEMBANTU DALAM MENCEGAH:


*pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah
*mengurangkan risiko penyakit jantung
*membantu kesihatan membran paru-paru
*membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) 
pada mineral tulang
*membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah
*membantu mengekalkan berat badan 
*mengurangkan tekanan penyakit asma
*mengurangkan risiko barah
*dapat menenangkan fikiran hanya dengan meghidu epal( xpnh wt lg hahaha)

bagi yang ada masalah penghadaman, kisarkan epal hijau dengan daun saderi dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus
serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Zat masam yang ada pada epal hijau merupakan pembersih tubuh yng sangat baik.

Selain kesihatan untuk kecantikkan juga ada, cara penyediaannya potong epal hijau
rendamkan dalam air seketika dalam air batu selama air batu,kemudian letakkan pada wajah kamu...dengan cara ini kamu akan merasakan kesegarannya. amalkan selalu
agar kulit wajahmu lincin dan cantik berseri...

thanks 4 reading,selamat mencuba dan jangan lupa follow ok??

No comments:

Post a Comment