Sunday 25 March 2012

layan jela.... :)

deae  reader!!

hari ini aku agak bosan sebab duduk rumah dan study
esok petang ada test business math
aku ni agak lemah math sejak2 aku kena sumpah 
dengan cikgu math, bukan tipu tapi itulah hakikat yang perlu aku lalui
sebab aku ni banyak buat salah dengan cikgu math mse aku form 3 dulu
sejak 2 result math aku ni cukup2 makan jer.... :(
tambahan pula *ayat skema aku tak sempat nak mintak maaf
sebab cikgu aku dah pindah sekolah... 
aku try cari tapi sampai sekarang aku tak jumpa2 dia
tapi harini aku nak mohon maaf pada cikgu aku
yang bernama PN.NORAINI yang dulu mengajar di
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA,
KUALA KANGSAR, PERAK....
CIKGU, maafkan saya yerk masa dulu saya tak cerdik lagi
otak fikir nak enjoy jer dan terpengaruh dengan rakan2 maklum lar 
masa 2 kawan2 saya jadi murid wanted kat sekolah...
*macam cikgu aku ni baca jer....
tak pe larr sekurangnyer aku usaha kn3???

korang pon doakan aku supaya boleh jawab dan dapat result gempak ok??
:)


Saturday 17 March 2012

sumber2 yang menyatakan menyebut perkataan "OMG" tidak boleh

dear reader......
hari ini aku nak kongsikan sedikit info yang aku dapat dari "facebook"
sebenarnyer aku rasa tak semua yang bace dalam fb 2 so aku copy kat sini mybe 
dapat kongsikan dengan korang...
ni buktinyer...... :)





selamat membaca ok?? :)

Sunday 11 March 2012

miang kum from thailand...

dear reader...
hari ni aku nak kongsi sikit makanan yang agak unik yang mak sedara aku sorang 
ni suka sangat dan hampir satu rumah makan dan mula minat dengan MIANG KUM ni..
pelik tak?? mesti r dah asal pun dari thai kan...

ini pic dia yang aku curi dari jiran aku cik GOOGLE.



klu korang pergi hotel mintak benda ni memeng mahal...
so nak buat die senang jer...

bahan2 dia

1. kelapa yang dah dikeringkan 
2. daun kadok *adik beradik dengan daun sirih
3. limau nipis *yang dibuang kulit tau!!
4. cili padi
5. udang kering *yang kecil
6. bawang besar 
7. gula ikan *macam gula merah tapi guna gula merah pun boleh 
8. kacang tanah

CARA2 nak buat

step 1; 
gorengkan kelapa kering tadi sampai tukar warna gelap macam nak jadi kerisik tapi jangan sampai jadi kerisik pulak..

step 2;
gorengkan kacang tanah 

step 3;
masakkan gula ikan a.k.a gula merah tadi pastikan gula 2 pekat jangan cair nanti tak sedap 

step4;
gorengkan udang kering

step 5;
potong cili, bawang, limau nipis dalam bentuk dadu, pastikan limau tu buang kulit tau..

ready 2 serve!!

selamat mencuba n gud luck!! :)

Thursday 8 March 2012

DOA UTK ELAK DIROGOL ATAU CABUL

DEAR GIRLS READER.....

saya tergerak hati nak post pasal doa yang saya baru jumpa
tapi mybe ada yang pernah tengok kot......
hope semua wanita memgamalkan surah ini sempena hari wanita ini :)

DALAM SEBUTAN RUMI : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


p/s: hope share n amalkan btw selamat hari wanita sedunia

:)