Friday 28 December 2012

Nazar kena ada niat yang betul???

Hai Guys!!!


Hari ini hari jumaat merupakan minggu terakhir tahun 2012, bertarikh 28 disember 2012, saya tergerak hati untuk berkongsikan sesuatu, bukan pasal kiamat yang gembar gemburkan oleh 'om putih tu' ok? tapi ini tentang NAZAR.


Bagi yang tidak pernah buat or tahu pasti tertanya-tanya apa itu NAZAR, baiklah biar saya jelaskan sedikit. Nazar ertinya janji atau sumpah untuk berbuat baik. 


Dari segi istilah syarak ialah mewajibkan diri untuk melakukan sesuatu kebaikan dengan menyebut nama ALLAH. 


Sebab musabab kenapa saya post tentang Nazar ni kerana saya suka bernazar, saya pun tak tahu Nazar ni kena ada niat yang betul.... *muka terkejut. Sebab sebelum ni tak pernah ada seorang pun yang bercakap tentang Nazar ni. Sebelum ni saya niat biasa je, contoh : kalau aku lulus aku niat nazar nak puasa 3ari berturut-turut.....


Cara niat untuk nazar yang betul adalah kita perlu menyebut nama ALLAH. Contohnye, Dengan nama ALLAH sekiranya aku berjaya aku berjanji berpuasa selama sehari. Jika ayat anda seperti diatas ia sudah dikira Nazar dan wajib untuk dilaksanakan jika niat Nazar anda itu berjaya. 


Bagi yang niat Nazar yang tidak menyebut nama ALLAH or seperti yang saya highlight tu maknanya niat Nazar anda tidak sah, jadi jika anda membatalkan niat nazar anda itu, maka anda tidak perlu membayar Kafarah Nazar iaitu sebagai denda kerana menarik balik Nazar yang telah anda niat. 


Hukum Nazar sama seperti hukum sumpah seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah, ayat 89, maksudnya : "Kamu tidak dikira salah oleh Allah mengenai sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat. Maka dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin / pakaian untuk mereka/ memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat maka hendaklah ia berpuasa selama 3 hari. Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah dan jagalah sumpah mu. Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu bersyukur.


Jadi bagi yang niatnye tidak sah maka tidak perlu buat Nazar tersebut...


#sharing is caring n thanks 4 reading :)

Wednesday 26 December 2012

PETUA BAGI ANAK PINTAR

DEAR MY READERS :)



Hari ini setelah lama xupdate saya kembali update tips yang menarik untuk semua, even tahuk kali ini lebih sesuai pada yang sudah berkahwin tidak semestinya kita yang belum khawin tidak perlu ambil tahu, selagi belum khawin la kita patut mencari ilmu atau persediaan untuk berkhawin.


Dalam islam juga menyuruh hambanya menimba ilmu sebanyak yang mungkin selagi hidup dimuka bumi ini, jadi tidak salahkan saya tajuk saya hari ini di petang-petang yang sungguh dingin dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa *panjang betul mukadimah aku ni sorry :)



Inilah antara tips yang saya ingin kongsikan dengan anda semua :-








Selain empat petua diatas, saya ada tips semasa mengandung, iaitu rajinkan mengaji terutama surah maryam (untuk anak yang baik), surah yusuf (untuk anak yang cantik), surah luqman (untuk anak yang bijak).



Untuk kesan yang bagus amalkan selalu, insyaallah berkesan :)



#hope sharing n thanks 4 willing to read :)

My New Lappy

HELLO GUYS!!!


Long time no see!!!


Hari ini saya AZRA, ingin mengumumkan bahawasanya saya sudah mempunyai lappy baru yeay!!! That mean saya boleh sentiasa update blog ini untuk informasi anda semua betul x??


Tujuan saya post pasal lappy baru ni bukan berniat untuk berlagak ok? Just nak share kat korang semua tentang good news ni....


check it out my new lappy :)






   #Ini adalah body lappy baru saya :)








 # Ini adalah gambar body dalam die :)




#JUST SHARING :)








Saturday 13 October 2012

lappy saya hilang :'(

Dear my reader.....
hari setelah hampir 2bulan lebih tidak update ini adalah kerana rumah sewa saya telah dipecah masuk sewaktu kami semua pergi ke kolej, then yang amat malamg sekali lappy kesayangan saya telah dicuri oleh mereka..... kerugian dalam anggaran hampir sepuluh ribu :'(

saya ingat lagi pada hari kejadian tu saya kelas seperti biasa pukul 12, rakan rumah saya yang akhir keluar pergi kelas pada pukul 1ptg, rakan rumah saya yang pertama balik pada pukul 3ptg, bayangkan dalam masa tiga jam sahaja kami kehilangan barang2 kami, kebetulan time 2 saya tinggal duit hampir 3ribu kat rumah, tapi alhamdulillah diaorang tidak ambil mybe tidak perasan kot, duit tu agak tersorok sikit....


saya habis kelas dalam lingkungan pukul 2.40 tapi sebab kerja kami stay dekat kolej buat kerja, time 2 dalam hati ni memang fikir nak balik, bila cakap kat member 'asal tak buat kat rumah jer?' dia cakap 'nanti balik tak mesti tak buat kerja'. so saya pun dian and teruskan buat kerja... dehinggalah kawan serumah saya call cakap rumah kami kena pecah time 2 hanya tuhan jer tahu betapa rasa nak gugurnyer jantung saya....


lepas dapat tau 2 kami rushing balik rumah then check apa yang hilang, then pergi balai buat report.... malam tu pegawai penyiasat datang rumah nak cari cap jari pencuri 2 tapi sayang pencuri 2 pakai glove, dan mereka tahu jadual harian kami, syukur tidak ada sesiapa dirumah kalau tinggal sorang tak tahu la apa yang nak jadi...


actually, saya banyak nak update tapi saya tidak banyak masa dan kesukaran untuk pergi ke cc adalah faktor kenapa saya tidak update blog ini.... 


saya harap korang tidak jemu n sabar menunggu tips2 yang menarik daripada saya, mybe cuti sem ni saya akan rajin update blog ok??? love you all :*



Friday 27 July 2012

Kesan Tahan BERSIN!!!

Dear my darling, my lovely reader, my bestfwen and so on.....

Sorry because aku dah lama tak post something kat korang semua, ini adalah disebabkan aku pergi daftar masuk kolej yang 'TAK BERAPA NAK HEBAT 2' hahahahahaha *bengong kutuk kolej sendiri ;p

Nak dijadikan cerita time pergi daftar tu aku tak bawak laptop dan tak balik2 rumah.... that's why r aku tak update blog huhuhuhuhu, first ramadhan baru laa aku balik rumah dan yeayyyyyy!! dah boleh update blog :)

Ok sebelum aku merapik-rapik kepada something yang tak berguna lebih baik aku kongsikan satu lagi tips kesihatan yang ramai tak tahu dan masih malu2 nak lepaskan dengan betul *ayat macam apa jer kn?

Bersin adalah keluarnya udara seni yang berlaku dengan pantas sama ada melalui hidung ataupun mulut. Udara yang keluar menerusi bersin ini dapat mencapai had laju 250 hingga 161 km/jam. Menurut ketua Wellness Officer Cleveland di Amerika Syarikat, Dr. Micheal Roizen, menahan bersin akan memyebabkan tulang rawan hidung patah ,gegendang telinga pecah, gangguan pendengaran dan vertigo. Vertigo belum di kenal pasti tapi aku akan cuba dapatkan maklumat untuk korang ok???

So aku tau lepas korang baca ni mesti korang cakap aku biasa buat tak ada pape pon... ok biar aku jelaskan, kesan pada diri kita bukan secara mendadak kalau hari2 korang tahan bersin tengaok la nanti apa yang jadi ok??



Monday 25 June 2012

father's day :)

dear my lovely reader :)


Seperti yang korang tau 17hb lepas adalah hari bapa.. korang celebrate tak?? sebagai anak tak salah kita sambut walau cume ucapan... aku pon mula2 tak ingat tetibe jer mak aku ajak aku teman die beli kek, time 2 baru ingat hari bapa rupenyer *bagus tol dapat anak macam ni hahahahahha.


Aku pon sambut base2 jer just kek dengan pizza jer... lagipun bapak aku ni jarang ada rumah, maklumler bapak aku ni cuma driver bas jer... so tiap waktu atau hari yang penting mesti kena sambut sebab itu jer cara dapat erat hubungan kami sekeluarga dan abehkan masa bersama2 *sweet x? hahahahhaha.... sebernarnyer aku dah tak ada ayat nak tulis ni tu yang aku merapu tak tentu pasal dan sebelum aku melalut lagi banyak takat ni jer nurkilan aku tentang hari bapa minggu lepas ... 



*ini la kek yang aku dengan mak beli :) simple n sedap yummy!!!



Tuesday 19 June 2012

Salah satu tips putihkan gigi yang menajubkan :)

dear my lovely reader :)...






pada malam yang sunyi dan aku yang kesepian sekarang ini tetibe jer dapat ilham nak post pasai salah satu cara untuk elakkan kekuningan gigi yang di alami sesetengah pihak hingga boleh memyebabkan kurangnyer keyakinan diri. aku takkan post kalau benda tu aku tak amalkan hehehehehehe terpulang korang nak percaya atau tidak, tak cuba tak tahu kn3?? 

korang mesti tertanye2 mane aku tau pasai tips ni kn?? ok aku bagi sedikit intro kat korang ok? macam ni benda ni aku dengar dari ustaz aku tak ingat nama dia, tapi yang pasti aku dengar ceramah ni kat radio masa aku darjah 6, radio perak fm, petang2 kn deme *ops! terkeluar plak bahase teman :), petang2kan radio rtm ni selalu buat ceramah, mak aku antara pengemar mendengar ceramah di waktu petang ni, so aku yang kat rumah ni kena la dengar sekali.

mula2 tak percaya jugak tapi aku cuba amalkan dia berkesan sebab dulu kecik2 gigi aku selalu kuning hahahahaha, sampai dah 20 tahun ni aku still buat :).

caranyer amat la senang, korang cuma jangan tengok najis sendiri* sory 2 say tapi itulah hakikatnyer, bagi seseorang yang gigi die kuning cube try tips ni dalam 2minggu cam 2, hasil die mesti baik insyaallah dengan izin die akan putih kembalikan gigi korang 2, tapi bagi smoker aku tak jamin coz smoke also can effect your teeth's be yellow *fulamak aku speaking om putih la pulak hehehehehe...


#selamat mencuba, sharing is caring right?? thanks for reading :)
<3 u all...

Monday 18 June 2012

Membaca zodiak bagi yang islam adalah haram???

dear reader... :)

hari ini aku tetibe jer nak update pasal hukum membaca zodiak, ini kerana sebagai
muslim wajib kita belajar dan ambil tahu tentang hak agama ini, bukan itu saja kita yang mengetahui sesuatu benda harus menyebarkan ilmu tersebut betuk tak?? :) 


aku pun masa zaman sekolah dulu suka sangat beli majalah2 dan kebanyakkan majalahkan suka sangat buat sudut untuk zodiak, so aku selalu jugak hehehehehehe bukan selalu memang aku akan baca kalau ada kat mana2, ala..... biasa lar kita baca jer bukan percaya pun cuma suka2 jer... tapi kadang2 cuma secara kebetulan apa yang diorang ramalkan tetibe je betul, kan3??

hukum membaca zodiak aku kurang pasti walaupun aku tahu kerana takut jadi lain plak, maklum ler kita sebagai penyamoai kena berhati2 dengan apa yang kita sampaikan :), tapi yang pasti ustaz azhar idrus punyer official fb bagitau kalau kita membaca zodiak tu solat kita tidak akan diterima selama 40 hari....  sama macam arak jugak kalau minum solat selama 40 hari takkan diterima... korang mesti boleh fikir sendirikan hukum dia apa?? tak percaya?? aku ada bukti dia.... 



Tuesday 12 June 2012

khasiat limau kasturi

dear reader....






dah lama rasanya aku tak post right?? ini adalah disebabkan 
cuti sem ni aku jadi suri rumah sepenuh masa *dh mcm bini owg dh :)
disebabkan penat buat kerja disiang hari so bila malam on9 tangan jadi
mals nak update blog, lagi pun tak ada ramai reader lagi so 2 yang jarang
nak update kot *T_T sedeh tol rupenye.... 

ok pasal limau ni memang aku dah amalkan dari zaman sekolah sampai
dah habis sekolah ni, aku tau korang semua dah tau pasai khasiat die
tapi aku ada lagi tips yang tertinggal, korang nk tau limau ni bukan sahaja 
boleh hilangkan bau badan tapi boleh hilangkan daki atau kehitaman
pada bahagian pelipat badan kita, contoh seperti ketiak, pelipat tangan dan kaki
caranya amik beberapa biji yang korang nk potongkan kepada dua
bahagian kemudian tonyohkan @ sapukan pada bahagian badan korang
dan bilas sebersihnya, amalkan selalu insyaallah akan hilang 


thanks 4 reading, share n jgn lupa follow ok?
:)

Monday 14 May 2012

pakai earphone berisiko untuk pekak??

dear reader, hope you all enjoy to reading my blog....

ok harini topik kita adalah tentang pemakaian earphone, tahukah korang
bahawasanya dengan kekerapan memakai earphone kita semua berisiko
menjadi pekak, ini bukan rekaan semata-mata ok!!! aku dapat maklumat ni
dari yang pakar *sebenarnyer dari paper yang ditulis oleh dokter pakar he3...
tapi yang menulis 2 tetap pakar right?? kalau korang nak tahu betul ke tak...
cari la paper metro tak ingat hari apa punya, mybe tahun ni punye kot..
sekarangkan dah maju try la cari kat internet, ok kite balik pada topik asal ok.

punca pekak sebab kita pakai earphone masa dengar lagu mesti bukak lagu 2
sampai habis volumekan?? tipu r bukak 20 je volume time pakai earphonekn?
aku pun actually macam tu jugak, maklom ler bosan bila dengar lagu kuat2 mesti bestkan??
sebab tekanan terlalu kuat dan hampir setiap hari buat macam 2 deria pendegaran kita mesti  
kurang sedikitkan?? cuba korang test pakai 24jam earphone 2 kat telinga, bila bukak
jer earphone 2 mesti telinga korang rase sakitkan?? 2 adalah kesan jangka pendek atau sementara
sebelum menjadi pekak cuba bayangkan kalau hampir setiap hari korang pakai earphone
dan dengar lagu kuat2 mesti boleh pekakkan?? 

So........... moral of this story tak kira la apa jenis sekali pun janji 
nama dia "EARPHONE" tetap boleh bagi korang pekak, bukan tak boleh pakai
tapi cuba kurangkan dari setiap hari jadi seminggu sekali, ataupun sebulan sekali,
aku pon susah jugak nak tinggal earphone ni, dan masa tengah menaip ni pun aku masih
memakai earphone. Ingat bukan tak boleh tapi kurangkan ok??

hope enjoy, share and follow ok?? :)

Sunday 13 May 2012

tips cuci muka yang betul

dear reader........

today I'm back and i have many tips that I want to share with you all
ok r aku bagitau tentang cara cuci muka yang betul ok??

aku dapati gadis or wanita kat luar sekarang ni tak ramai yang
tahu cara yang betul nak cuci muka, yang tau tonyoh,sental or whatever 
janji muka korang semua bersih right???
tips ni penting sebab untuk pengetahuan korang semua kulit
wanita ni nipis dan senang sangat kendur dan berkedut.
dan cara cuci yang betul ni akan mengekalkan ketenganggan kulit muka korang 2.

firstly, *dah macam buat esei dah hahahaha
picikkan sedikit pencuci muka pada hujung jari
kemudian calitkan pada dahi, pipi, (kiri n kanan), hidung and dagu korang.

secondly, mulakan mencuci pada bahagian dahi dulu
masa mencuci gunakan jari hantu dan jari manis sahaja,
letakkan jari korang kat atas dahi lepas tu buat putaran dengan
mulakan putaran daripada bawah ke atas dan ke bawah semula 
then tarik ke bahagian tepi mata korang tuu *aku pon tak tahu nak cakap 
aku upload pic jela bg korang tau nk tarik ktne ok??


nampak tak kat mana saya tunjuk 2? nnt tarik ke situ ok??
ulang sampai 3 kali.

thirdly, pipi kiri dan kanan korang plak, 
buat bulatan macam korang buat kat dahi tadi
dan tarik  ke atas pada pic yang aku tunjuk kat atas ni jugak ok??
ulang 3 laki jugak.

fourthly, dagu pulak. dagu ni tak payah susah2 nak buat bulatan just 
tarik ke bahagian tepi rahang gigi anda 2,
paham x??  letakkan dua2 jari kat tengah then tarik dua2 jari tu
kebahagian tepi berhampiran telinga korang tuu... 
ulang 3 kali jugak.

fifthly, hidung korang pulak, hidung ni last sebab senang je just tarik ke bawah jer...
ulang 3 kali

sixthly, bahagian leher korang 2, tarik dari bawah ke atas 
sampai kena pada dagu korang 2 ok? 

lastly, mata korang 2 tarik dari batang hidung sampai ke tepi 
yang macam pic yang aku upload 2.

selepas dah habis ulang r balik ikot korang r nk ulang berape kali.....
kalau nak cuci jangan tonyoh or sental pulak sebab kulit dah tegang time 2
so kalau nak cuci korang just tepuk2kan air pada
muka korang sampai rasa bersih ok??

hope share n follow ok??




Friday 4 May 2012

sakit + final = ??

salam semua!!!

ok harini tak larat nak berceloteh banyak2,
aku cuma nak kongsikan 1 benda jer.....
bukan nak minta simpati tapi cuma doa dari korang semua yang sudi membaca blog azra ni....
sejak akhir2 ni saya sakit itu sebabnyer saya dah lama tak update 
blog ni, actually banyak yang aku nak kongsikan dengan korang hu3...

korang mesti dah lama tunggu tips2 dari akukan??
ada tips2 yang aku nak kongsikan dengan korang tapi tangan ni malas nak taip banyak2
tambahan pulak aku nak final 7hb ni.....
so disini saya harap korang semua tolong doakan saya supaya 
saya cepat sembuh, boleh jawab exam dan pointer saya naik ok??

lepas saya sembuh dan habis exam aku akan terus update dan kongsiakan 
tips2 yang bernas dan yang boleh diguna pakai oleh korang. 
so thanks coz sudi bersabar dan doakan saya tau!!
:)

Tuesday 17 April 2012

tips hilangkan bintik hitam

dear reader, sekarang ni aku nak post pasai tips yang agak lama aku tinggalkan,



tips kali ni pasai bintik hitam, korang mesti adakan???
bintik hitam atau lebih dikenali sebagai blackhead terjadi akibat liang pori tersumbat 
disebabkan sisa-sisa bahan kosmetik, debu ataupun kotpran yang tidak
dibersihkan dengan betul. 

antara petua yang boleh, jimat, selamat serta tiada kesan sampingan sebab guna
bahan yang semula jadi ok!!! caranyer.....
campurkan beras pulut denagn serbuk kayu manis, kemudian
goreng tanpa minyak hingga warnanyer bertukat kekuningan,
then gosokkan dengan perlahan pada muka terutamanya pada yang berbintik hitam 
lakukan 2 kal seminggu insyallah berkesan secara perlahan2 ok???


thanks 4 reading n selamat mencuba :)

bulan yang sibuk dan FINAL EXAM!!!

dear reader..........

bulan ini aku sibuk sangat dan sekarang nipon tengah buat assignment 
sambil tengok lappy kesayangan aku ini..... aku nak cerita kat korang ni...
baru2 ni aku pegi cuci rumah sewa aku yang bakal aku duduk hujung bulan ni
mase aku masuk jer rumah tu, baunye memang tak boleh nak bernafas rasenyer,
bukan tu jer.. kotor die nauzubillah, aku nak cuci pon tak lalu, toilet die,bilik die,
macam tak de orang yang duduk jer sebelum ni padahal ada, maklom ler yang 
duduk dulu ni laki bujang paham2 jela...... kerajinan mereka macam mana,
aku ingatkan kejap laaa cuci rumah rupenyer memeang lame dari pukul 3 ptg 
sampai la pukul 7 malam..... memang penat balik mandi teruz tido tak ingat dunia 
pada esokknyer pakt ramai2 bangun tengah hari hahahahahaha......
dan 2 minggu lagi aku nak final dan sekarang ni lect. sibuk jugak nak bagi asgment 
yang tah pe2, n yang memeningkan, sebab tu jugak laaa de budak kolej aku sampai 
meninggal salah satu sebab dia tension tapi utama die sesak nafas.

kepada yang membaca harap tolong sedekahkan AL-FATIHAH
kepada fazlina kassim... :)
semoga dia ditempatkan ditempat hamba2 yang beriman....

Wednesday 11 April 2012

Gempa kembali lagi....

salam semua.....

hari ini topik hangat mestinyer tentang gempa yang baru sahaja
berlaku di Bandar Aceh. tempat aku kat kl ni tak terlepas dari merasa kesannyer... tapi lagi aku risau ialah family aku yang berada di
lumut, perak. dekat rumah aku kena lagi lama tau.... risaunyer hanya tuhan yang tahu
hope..... kite semua terselamat dan marilah kita sama2 
berdoa ok???

oklah.... nak pergi tengok berita ni kalau ada apa2 maklumat kita 
bagitau ok? :)

Sunday 8 April 2012

first time pegi midvalley :)

salam semua :)

semalam adalah hari yang seronok sangat sebab dapat hilangkan tension yang 
terpendam begitu lama *T_T , walaupun berhabis duit belanja yang emak beri 
itu tidak menjadi soal yang penting happy hangout dengan kawan2, pasal dah tak 
ada duit 2 terpaksa la ikat perut sekejap sementara tunggu emak masukkan duit,
semalam tengok cite JOHN CARTER, memang best tak rugi pegi tengok semalam :)
setelah agak lama duduk di kl ni tak pernah niat nak pegi MID, agak jauh sebab naik tren
tapi kenangan pegi sana bersama 3 orang best fwen memamg takkan kau lupakan,
lepas ni plan nak tengok wayang citer man in black yang akan kua bulan 5 ni..
*xsabar nak tunggu :)









time makan ni kiteorang sangat bicing, sampai couple yang duduk sebelah 
kiteorang 2 usha len macam, yang bf la yang usha tak puas hati,
tak pun nak try membe aku yang dok sebelah die...



itulah couple yang aku maksudkan 2.....
korang nampakkan meja sebelah 2....
sory tak reti nak edit :(



tunggu tren nak balik dah.... :)

ramai masih tak kisah pasal TIBI

dear reader sume..... :) 
hari ini setelah sekian lama aku menyepikan diri, aku kembali dengan tips, 
fakta dan sebagainyer untuk pengetahuan bersama, agak bosan bukan?? tapi inilah salah satu cara aku sebagai penulis untuk mengembangkan ilmu untuk kebaikkan semua. nak cerita pasai diri sendiri bukan la pandai sangat
kalau fakta pandai la *bajet bagus jap hehehehe.... 
hari ini aku nak tunjukkan bukti tentang post aku yang dahulu tentang penyakit TIBI kalau korang pernah baca  
or dengar, TIBI ni penyakit tak silap aku masih belum jumpa penawar yang boleh mengubati penyakit ini.

 

kalau nak tau lebih lanjut baca la post kau yang dulu ok?? 

thanks 4 reading :)

Sunday 25 March 2012

layan jela.... :)

deae  reader!!

hari ini aku agak bosan sebab duduk rumah dan study
esok petang ada test business math
aku ni agak lemah math sejak2 aku kena sumpah 
dengan cikgu math, bukan tipu tapi itulah hakikat yang perlu aku lalui
sebab aku ni banyak buat salah dengan cikgu math mse aku form 3 dulu
sejak 2 result math aku ni cukup2 makan jer.... :(
tambahan pula *ayat skema aku tak sempat nak mintak maaf
sebab cikgu aku dah pindah sekolah... 
aku try cari tapi sampai sekarang aku tak jumpa2 dia
tapi harini aku nak mohon maaf pada cikgu aku
yang bernama PN.NORAINI yang dulu mengajar di
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA,
KUALA KANGSAR, PERAK....
CIKGU, maafkan saya yerk masa dulu saya tak cerdik lagi
otak fikir nak enjoy jer dan terpengaruh dengan rakan2 maklum lar 
masa 2 kawan2 saya jadi murid wanted kat sekolah...
*macam cikgu aku ni baca jer....
tak pe larr sekurangnyer aku usaha kn3???

korang pon doakan aku supaya boleh jawab dan dapat result gempak ok??
:)


Saturday 17 March 2012

sumber2 yang menyatakan menyebut perkataan "OMG" tidak boleh

dear reader......
hari ini aku nak kongsikan sedikit info yang aku dapat dari "facebook"
sebenarnyer aku rasa tak semua yang bace dalam fb 2 so aku copy kat sini mybe 
dapat kongsikan dengan korang...
ni buktinyer...... :)





selamat membaca ok?? :)

Sunday 11 March 2012

miang kum from thailand...

dear reader...
hari ni aku nak kongsi sikit makanan yang agak unik yang mak sedara aku sorang 
ni suka sangat dan hampir satu rumah makan dan mula minat dengan MIANG KUM ni..
pelik tak?? mesti r dah asal pun dari thai kan...

ini pic dia yang aku curi dari jiran aku cik GOOGLE.



klu korang pergi hotel mintak benda ni memeng mahal...
so nak buat die senang jer...

bahan2 dia

1. kelapa yang dah dikeringkan 
2. daun kadok *adik beradik dengan daun sirih
3. limau nipis *yang dibuang kulit tau!!
4. cili padi
5. udang kering *yang kecil
6. bawang besar 
7. gula ikan *macam gula merah tapi guna gula merah pun boleh 
8. kacang tanah

CARA2 nak buat

step 1; 
gorengkan kelapa kering tadi sampai tukar warna gelap macam nak jadi kerisik tapi jangan sampai jadi kerisik pulak..

step 2;
gorengkan kacang tanah 

step 3;
masakkan gula ikan a.k.a gula merah tadi pastikan gula 2 pekat jangan cair nanti tak sedap 

step4;
gorengkan udang kering

step 5;
potong cili, bawang, limau nipis dalam bentuk dadu, pastikan limau tu buang kulit tau..

ready 2 serve!!

selamat mencuba n gud luck!! :)

Thursday 8 March 2012

DOA UTK ELAK DIROGOL ATAU CABUL

DEAR GIRLS READER.....

saya tergerak hati nak post pasal doa yang saya baru jumpa
tapi mybe ada yang pernah tengok kot......
hope semua wanita memgamalkan surah ini sempena hari wanita ini :)

DALAM SEBUTAN RUMI : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


p/s: hope share n amalkan btw selamat hari wanita sedunia

:)




Wednesday 29 February 2012

kebaikan surah kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


selamat mencuba n selamat beramal.....


p/s:  HOPE SHARE N JGN LUPA FOLLOW OK??? :)

Sunday 19 February 2012

exam time!!!!

hai guys.....
sorry la tak sempat nak update blog sekarang ni
maklum la sibuk dengan kuiz dan juga midtem......
lagi pun tak banyak follower lagi *ayat sedih :(
yang selalu nak tengok saya punya blog ni,
nanti kite update dengan tips2 yang berguna untuk korang semua......
ok r out dulu 

bye2........

Sunday 12 February 2012

kelebihan ayat kursi



»» AYAT KURSI :
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ke pagi ...
... 5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

•• Sampaikan atau SHARE kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yang mengamalkan, kita akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

thanks 4 reading!!!  :)

Wednesday 1 February 2012

zat dan khasiat buah epal hijau

hai reader!!
hari ini azira nak kongsikan satu khasiat buah epal hijau 
epal hijau bukan sahaja mempunyai khasiat malah ia juga
mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan kita.
epal hijau mempunyai zat besi,magnesium,potasium,kalsium,vitamin A,B dan C.
ia juga merupakan sumber serat yang mudah larut..
untuk lebih khasiat makan sekali dengan kulitnya sebab sebahagian khasiat
terletak pada bawah kulir epal tersebut.

EPAL HIJAU BOLEH MEMBANTU DALAM MENCEGAH:


*pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah
*mengurangkan risiko penyakit jantung
*membantu kesihatan membran paru-paru
*membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) 
pada mineral tulang
*membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah
*membantu mengekalkan berat badan 
*mengurangkan tekanan penyakit asma
*mengurangkan risiko barah
*dapat menenangkan fikiran hanya dengan meghidu epal( xpnh wt lg hahaha)

bagi yang ada masalah penghadaman, kisarkan epal hijau dengan daun saderi dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus
serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Zat masam yang ada pada epal hijau merupakan pembersih tubuh yng sangat baik.

Selain kesihatan untuk kecantikkan juga ada, cara penyediaannya potong epal hijau
rendamkan dalam air seketika dalam air batu selama air batu,kemudian letakkan pada wajah kamu...dengan cara ini kamu akan merasakan kesegarannya. amalkan selalu
agar kulit wajahmu lincin dan cantik berseri...

thanks 4 reading,selamat mencuba dan jangan lupa follow ok??

Tuesday 31 January 2012

cara atau adab memotong kuku

dear reader.....
hari ini aku nak kongsi ilmu yang sebenarnyer agak lama jugak la aku dah tau
tapi aku dapati masih ramai kawan2 aku yang masih tak tahu tentang adab2 ni..
bila tanya meraka jawab potong jer...
kalau perempuan pulak tak potong kuku kalau time 'cuti'
bukan itu sahaja hari2 yang elok potong kuku pun tak tahu...
ok mesti korang pertikaikan macam mana aku boleh tahu semua ini
sebabnya adalah membaca...
that's why kerajaan kita suruh rajin membaca tak kisah la apa2 pun
untuk tambahkan ilmu...

ok inilah gambar cara2 memotong kuku ikut sunnah nabi dan cara yan digalakkan
tapi dalam buku 2 tak ada pulak tulis 'WAJIB'
aku ini hanya sampaikan apa yang aku tahu dan yang aku selalu amalkan..


HARI YANG ELOK POTONG KUKU

ISNIN.KHAMIS DAN JUMAAT

hari2 yang tidak disenaraikan adalah tidak digalakkan memotong
kerana ada sebab2 yang tercatat dalam buku yang aku pernah baca 
tapi tak ingat tajuk buku 2...

SEBAB2 TIDAK DIGALAKKAN MEMOTONG KUKU SELAIN HARI DIATAS:

1) KELUAR KESIHATAN MASUK KESAKITAN
2) KELUAR KEKAYAAN MASUK KEPAPAAN


thanks 4 reading,slmt beramal,jgn lpe sharekan dan tekan button follow ok??
love u all :)


Wednesday 25 January 2012

Pentingnya tutup mulut semasa batuk/bersin

hai reader!!!
dah lama tak aktif blog2 ni...
azra bukan apa tak ada benda yang interested pon
juz sedikit ilmu yang boleh kita sama2 kongsikan 
saya ni seorang yang suka mencari dan banyak tanya dari orang yang berpengalaman
dan membaca...
ok lah sebelum aku ni merepek lagi panjang baik azra teruskan bagitau sebab2 
berkenaan tajuk bersak kita 2.....

sebab2 yang saya kenal pasti dari seorang pakar kesihatan yang selalu menulis 
or kongsikan ilmu menerusi surat khabar....


PENYAKIT YANG MERBAHAYA IAITU TIBI

Kalau korang semua tak tau TIBI adalah sejenis penyakit batuk kering yang dikenali 
datang dari nama sejenis kuman...
TIBI ni boleh merebak melalui air liur seorang penghidap TIBI
semasa dia batuk dan tidak menutup mulut dan air liur
dia terpercik pada orang sekeliling dia terutama kulit kita
maka kita berisiko untuk menhidap penyakit tersebut....

sebab 2 la banyak kempen suruh kita tutup mulut semasa batuk dan jauhi orang yang kerap 
batuk/bersin yang tidak menutup mulut mereka...
malah melalu bercakap jugak boleh kena seperti kita menyedut udara yang
keluar dari mulut pesakit tersebut...
takut2 kita terdedah pada kuman2 TIBI.....
tapi ia berdasarkan antobody seseorang jugak kalau kuat maka susah nak kena 
kalau lemah memang senag kena jangkitan ni... sebab TIBI lebih bahaya dari HIV
 tetapi jangan risau ia tidak merebak melalui makanan...

inilah gambar kuman TIBI 



thanks 4 reading!!! sebarkanlah ok?? jangan lupa follow..... :)