Friday 28 December 2012

Nazar kena ada niat yang betul???

Hai Guys!!!


Hari ini hari jumaat merupakan minggu terakhir tahun 2012, bertarikh 28 disember 2012, saya tergerak hati untuk berkongsikan sesuatu, bukan pasal kiamat yang gembar gemburkan oleh 'om putih tu' ok? tapi ini tentang NAZAR.


Bagi yang tidak pernah buat or tahu pasti tertanya-tanya apa itu NAZAR, baiklah biar saya jelaskan sedikit. Nazar ertinya janji atau sumpah untuk berbuat baik. 


Dari segi istilah syarak ialah mewajibkan diri untuk melakukan sesuatu kebaikan dengan menyebut nama ALLAH. 


Sebab musabab kenapa saya post tentang Nazar ni kerana saya suka bernazar, saya pun tak tahu Nazar ni kena ada niat yang betul.... *muka terkejut. Sebab sebelum ni tak pernah ada seorang pun yang bercakap tentang Nazar ni. Sebelum ni saya niat biasa je, contoh : kalau aku lulus aku niat nazar nak puasa 3ari berturut-turut.....


Cara niat untuk nazar yang betul adalah kita perlu menyebut nama ALLAH. Contohnye, Dengan nama ALLAH sekiranya aku berjaya aku berjanji berpuasa selama sehari. Jika ayat anda seperti diatas ia sudah dikira Nazar dan wajib untuk dilaksanakan jika niat Nazar anda itu berjaya. 


Bagi yang niat Nazar yang tidak menyebut nama ALLAH or seperti yang saya highlight tu maknanya niat Nazar anda tidak sah, jadi jika anda membatalkan niat nazar anda itu, maka anda tidak perlu membayar Kafarah Nazar iaitu sebagai denda kerana menarik balik Nazar yang telah anda niat. 


Hukum Nazar sama seperti hukum sumpah seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah, ayat 89, maksudnya : "Kamu tidak dikira salah oleh Allah mengenai sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat. Maka dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin / pakaian untuk mereka/ memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat maka hendaklah ia berpuasa selama 3 hari. Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah dan jagalah sumpah mu. Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu bersyukur.


Jadi bagi yang niatnye tidak sah maka tidak perlu buat Nazar tersebut...


#sharing is caring n thanks 4 reading :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum, sorry nak tanya sikit. Kalau niat nazar kita tak sah but still nak buat jugak puasa nazar boleh tak ? any problem with that ? terima kasih :)

    ReplyDelete