Thursday, 8 March 2012

DOA UTK ELAK DIROGOL ATAU CABUL

DEAR GIRLS READER.....

saya tergerak hati nak post pasal doa yang saya baru jumpa
tapi mybe ada yang pernah tengok kot......
hope semua wanita memgamalkan surah ini sempena hari wanita ini :)

DALAM SEBUTAN RUMI : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


p/s: hope share n amalkan btw selamat hari wanita sedunia

:)




Wednesday, 29 February 2012

kebaikan surah kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


selamat mencuba n selamat beramal.....


p/s:  HOPE SHARE N JGN LUPA FOLLOW OK??? :)

Sunday, 19 February 2012

exam time!!!!

hai guys.....
sorry la tak sempat nak update blog sekarang ni
maklum la sibuk dengan kuiz dan juga midtem......
lagi pun tak banyak follower lagi *ayat sedih :(
yang selalu nak tengok saya punya blog ni,
nanti kite update dengan tips2 yang berguna untuk korang semua......
ok r out dulu 

bye2........

Sunday, 12 February 2012

kelebihan ayat kursi



»» AYAT KURSI :
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ke pagi ...
... 5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

•• Sampaikan atau SHARE kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yang mengamalkan, kita akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat

thanks 4 reading!!!  :)

Wednesday, 1 February 2012

zat dan khasiat buah epal hijau

hai reader!!
hari ini azira nak kongsikan satu khasiat buah epal hijau 
epal hijau bukan sahaja mempunyai khasiat malah ia juga
mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan kita.
epal hijau mempunyai zat besi,magnesium,potasium,kalsium,vitamin A,B dan C.
ia juga merupakan sumber serat yang mudah larut..
untuk lebih khasiat makan sekali dengan kulitnya sebab sebahagian khasiat
terletak pada bawah kulir epal tersebut.

EPAL HIJAU BOLEH MEMBANTU DALAM MENCEGAH:


*pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah
*mengurangkan risiko penyakit jantung
*membantu kesihatan membran paru-paru
*membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) 
pada mineral tulang
*membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah
*membantu mengekalkan berat badan 
*mengurangkan tekanan penyakit asma
*mengurangkan risiko barah
*dapat menenangkan fikiran hanya dengan meghidu epal( xpnh wt lg hahaha)

bagi yang ada masalah penghadaman, kisarkan epal hijau dengan daun saderi dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus
serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Zat masam yang ada pada epal hijau merupakan pembersih tubuh yng sangat baik.

Selain kesihatan untuk kecantikkan juga ada, cara penyediaannya potong epal hijau
rendamkan dalam air seketika dalam air batu selama air batu,kemudian letakkan pada wajah kamu...dengan cara ini kamu akan merasakan kesegarannya. amalkan selalu
agar kulit wajahmu lincin dan cantik berseri...

thanks 4 reading,selamat mencuba dan jangan lupa follow ok??

Tuesday, 31 January 2012

cara atau adab memotong kuku

dear reader.....
hari ini aku nak kongsi ilmu yang sebenarnyer agak lama jugak la aku dah tau
tapi aku dapati masih ramai kawan2 aku yang masih tak tahu tentang adab2 ni..
bila tanya meraka jawab potong jer...
kalau perempuan pulak tak potong kuku kalau time 'cuti'
bukan itu sahaja hari2 yang elok potong kuku pun tak tahu...
ok mesti korang pertikaikan macam mana aku boleh tahu semua ini
sebabnya adalah membaca...
that's why kerajaan kita suruh rajin membaca tak kisah la apa2 pun
untuk tambahkan ilmu...

ok inilah gambar cara2 memotong kuku ikut sunnah nabi dan cara yan digalakkan
tapi dalam buku 2 tak ada pulak tulis 'WAJIB'
aku ini hanya sampaikan apa yang aku tahu dan yang aku selalu amalkan..


HARI YANG ELOK POTONG KUKU

ISNIN.KHAMIS DAN JUMAAT

hari2 yang tidak disenaraikan adalah tidak digalakkan memotong
kerana ada sebab2 yang tercatat dalam buku yang aku pernah baca 
tapi tak ingat tajuk buku 2...

SEBAB2 TIDAK DIGALAKKAN MEMOTONG KUKU SELAIN HARI DIATAS:

1) KELUAR KESIHATAN MASUK KESAKITAN
2) KELUAR KEKAYAAN MASUK KEPAPAAN


thanks 4 reading,slmt beramal,jgn lpe sharekan dan tekan button follow ok??
love u all :)


Wednesday, 25 January 2012

Pentingnya tutup mulut semasa batuk/bersin

hai reader!!!
dah lama tak aktif blog2 ni...
azra bukan apa tak ada benda yang interested pon
juz sedikit ilmu yang boleh kita sama2 kongsikan 
saya ni seorang yang suka mencari dan banyak tanya dari orang yang berpengalaman
dan membaca...
ok lah sebelum aku ni merepek lagi panjang baik azra teruskan bagitau sebab2 
berkenaan tajuk bersak kita 2.....

sebab2 yang saya kenal pasti dari seorang pakar kesihatan yang selalu menulis 
or kongsikan ilmu menerusi surat khabar....


PENYAKIT YANG MERBAHAYA IAITU TIBI

Kalau korang semua tak tau TIBI adalah sejenis penyakit batuk kering yang dikenali 
datang dari nama sejenis kuman...
TIBI ni boleh merebak melalui air liur seorang penghidap TIBI
semasa dia batuk dan tidak menutup mulut dan air liur
dia terpercik pada orang sekeliling dia terutama kulit kita
maka kita berisiko untuk menhidap penyakit tersebut....

sebab 2 la banyak kempen suruh kita tutup mulut semasa batuk dan jauhi orang yang kerap 
batuk/bersin yang tidak menutup mulut mereka...
malah melalu bercakap jugak boleh kena seperti kita menyedut udara yang
keluar dari mulut pesakit tersebut...
takut2 kita terdedah pada kuman2 TIBI.....
tapi ia berdasarkan antobody seseorang jugak kalau kuat maka susah nak kena 
kalau lemah memang senag kena jangkitan ni... sebab TIBI lebih bahaya dari HIV
 tetapi jangan risau ia tidak merebak melalui makanan...

inilah gambar kuman TIBI 



thanks 4 reading!!! sebarkanlah ok?? jangan lupa follow..... :)